Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Pada awalnya saya fikir ia hanya satu gurauan -- Jurulatih Sanfrecce Hiroshima

bnk

Ketua jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul, berasa keliru dengan keputusan untuk membenarkan tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk turun beraksi sebelum ini.

Tiga pemain itu membabitkan Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal yang membantu skuad Harimau Selatan menewaskan kelab dari Jepun itu 1-3 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), minggu lalu.

Advertisement

"Saya tahu soalan itu akan ditanyakan, soalan yang bagus tetapi soalan yang emosional buat saya tetapi ia bukan dibawah kawalan kami.

 

 

 

"Pada awalnya saya fikir ia hanya satu gurauan kerana hanya untuk satu perlawanan. Saya sukakan situasi yang jelas dan sekiranya terdapat situasi yang melanggar peraturan atau apa-apa sahaja saya tidak tahu.

 

 

 

 

"Sekiranya berlaku perlu ada keputusan yang jelas mengenai perkara itu, bagi saya ia tidak jelas, saya tidak boleh memahami 100% tetapi ia tidak penting buat kami kerana apa yang kami boleh kawal adalah pasukan kami dan cara untuk menang dalam aksi itu nanti." katanya seperti yang tular di media sosial.

 

Untuk rekod, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Januari lalu membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan (stay of execution) buat tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung 12 bulan oleh FIFA sekali gus membolehkan mereka kembali terlibat dalam aktiviti bola sepak sementara menunggu keputusan rayuan dimuktamatkan.

Pada 5 Mac lalu, panel CAS memutuskan untuk melonggarkan hukuman penggantungan terhadap tujuh pemain warisan negara yang dibenarkan menjalani aktiviti latihan bersama kelab masing masing sepanjang tempoh penggantungan selama 12 bulan yang dikekalkan.

 

Must Watch Video