Skip to main content

Bola Sepak

Kelab manakah naik ke Liga Super? Ini jawapan Liga A1 Semi-Pro

j

Kempen Liga A1 Semi-Pro (AFL) 2025/2026 menutup tirai dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) II diangkat sebagai juara selepas perjalanan panjang liga yang kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AFL, Raimi Fakri Mohd Fuad, menyifatkan penentuan takhta kejuaraan serta kedudukan lima teratas yang berlangsung sengit sebagai petunjuk positif.

Paling dinantikan, tentunya pasukan mana yang akan beraksi di pentas Liga Super musim depan dengan Raimi menegaskan kata putus bakal dimuktamadkan Malaysia Football League (MFL), Julai depan.

Meskipun diuji dengan beberapa isu termasuk masalah gaji serta penarikan diri sewaktu kempen liga berjalan, ia berjaya ditangani dengan baik bagi memastikan kempen kekal berjalan lancar.

"Daripada segi promosi (dinaik pangkat) dan kemungkinan ada pasukan yang menarik diri tidak boleh dipastikan lagi.

"Kelab Liga A1 harus menjalani pelesenan kelab oleh MFL untuk bermain dalam Liga Super," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Tambahnya, secara keseluruhannya, Liga A1 Semi-Pro musim ini menampilkan aksi sengit apabila setiap pasukan membina skuad ampuh, sekali gus mewujudkan persaingan seimbang tanpa mengira status mahupun reputasi sesebuah pasukan itu.

Pengenalan peraturan pertandingan baru yang mewajibkan setiap pasukan mendaftarkan tujuh pemain dibawah 22 tahun dilihat mampu memberi kesan baik terhadap pembangunan sukan bola sepak negara.

"Semua pasukan memberikan yang terbaik musim ini.

"Saingan sangat sengit dan boleh dikatakan tiap-tiao musim, juara barulah diketahui di penghujung musim.

"Saya rasa (kuota pemain B-22) akan dikekalkan kerana bukan sekadar kita dapat melihat bakat muda malah menjadi saingan lebih mantap," tambahnya.  

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video