Skip to main content

Badminton

Badminton: Biar ranking turun, asalkan bangkit semula

ji

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia jatuh 32 anak tangga daripada No.64 dunia kepada No.96 dunia selepas akur tewas 12-21, 14-21 kepada Jason Teh dari Singapura di pusingan pertama Terbuka Switzerland 2026.

Penurunan ranking dunia itu bagaimanapun bukanlah kerisauan terbesar peminat sukan badminton kerana apa yang lebih penting adalah tahap kecergasan semasa anak jati Alor Setar, Kedah itu menjelang penyertaannya di Piala Thomas bermula 24 April nanti.

Advertisement

Zii Jia yang juga juara All England 2021 itu memulakan kempen 2026 dari kedudukan 144 dunia selepas bergelut dengan kecederaan panjang yang menyaksikan dia terlepas banyak kejohanan dan keciciran mata.

Namun atas kecekalannya, Zii Jia berjaya bangkit semula untuk menempatkan diri di kelompok 100 terbaik dan dijangka kembali menyertai pesaing di ranking 50 dunia sebelum ke Horsens, Denmark untuk kejohanan berpasukan lelaki paling berprestij dan tertua badminton.

Jangkaan itu sedikit terganggu ekoran perjalanan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu di Switzerland yang berakhir lebih awal dengan dia dilaporkan kelihatan kepenatan dalam pertarungan 28 minit itu, namun Zii Jia masih memiliki peluang untuk menguji kemampuan sebenar di Masters Orleans minggu hadapan.

Must Watch Video