Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan The Real Warriors (KTRW), Datuk Mohd Irwan Rizal, mengesahkan pihak pengurusan kelab sedang dalam proses menyelesaikan gaji bulan Januari 2026.
Dia memberi jaminan, kelewatan pembayaran gaji itu akan diselesaikan pada pertengahan Februari ini.
Advertisement
Untuk rekod, selepas mengharungi 16 perlawanan Liga Super, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli, itu menghuni kedudukan ke-10 dengan kutipan 15 mata hasil daripada empat kemenangan, tiga seri serta sembilan kali tewas.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini telah menarik semula sekatan perpindahan pemain yang dikenakan.
KTRW sebelum ini telah dikenakan tiga sekatan perpindahan pemain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), MFL dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kes tunggakan gaji pemain musim 2025-2026.
"Gaji musim ini belum ada yang sangkut. Saya cakap terus terang kami sedang memproses gaji Januari.
🗣️ 'Saya cakap terus terang, kita sedang proses untuk gaji Januari...' - Dato' Mohd Irwan Rizal, CEO Kelantan TRW
More on Nadi Arena 7.30 malam ini 📺@ASTROARENA pic.twitter.com/7YmNwlKBAs— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 11, 2026
"Saya tidak mahu selindung.
"Bajet sedikit terjejas ekoran mengalami hal luar jangkaan berlaku.
"Saya akan berjumpa dengan pemain dalam masa terdekat untuk menerangkan situasi sebenar.
"Jangan risau, segalanya berjalan dengan lancar.
"Kami akan cuba menyelesaikan komitmen tanpa gagal," katanya di Nadi Arena.