Skip to main content

Bola Sepak

Sebab ada protes daripada Vietnam -- Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kom

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, berkongsikan terdapat duan daripada pihak Vietnam berhubung kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas perlawanan Kumpulan F, Kelayakan Piala Dunia 2027 berdepan Vietnam pada 10 Jun 2025.

Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan anak buah Peter Cklamovski menewaskan skuad Naga Emas 4-0 sekali gus menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan buat kem bola sepak negara.

Advertisement

"Kami (AFC) dimaklumkan daripada FIFA sebab pertandingan itu adalah pertandingan AFC, Kelayakan Piala Asia 2027.

"Jadi kami dapat maklumat bahawa FIFA sedang meneliti ketujuh-tujuh pemain selepas sahaja perlawanan antara Malaysia menentang Vietnam.
Sebab ada protes daripada Vietnam.

 

 

 

Windsor turut menjelaskan maklumat itu merupakan kali pertama diterima daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum hukuman penggantungan buat tujuh pemain warisan itu.

"Itu pertama kali kami mendapat berita secara langsung daripada FIFA. Selepas itu, kami menunggu penyiasatan yang dilakukan oleh FIFA. Biasanya penyiasatan itu di antara FAM dan FIFA.

"Selepas itu, kami mendapat berita tentang hukuman yang pertama dijatuhkan kepada FAM berhubung dengan penggunaan tujuh pemain yang dikira tidak layak ataupun tidak sah. Jadi, kami sudah di maklumkan selepas aksi antara Malaysia dan Vietnam." katanya.

Must Watch Video