Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, berkata pemain akan diterbangkan ke Denmark 10 hari lebih awal sebagai persediaan kem negara menghadapi Piala Thomas, 24 April hingga 3 Mei ini.
Chong Wei mengakui sudah memanggil Lee Zii Jia, Aidil Sholeh Sadikin serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk berada dalam senarai barisan pemain negara ke kejohanan berpasukan tersebut.
Advertisement
Meskipun bertalu-talu persoalan tentang logiknya meletak misi juara Piala Thomas, namun bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia itu senada dengan presiden untuk menamatkan kemarau 34 tahun negara selepas kali terakhir bergelar juara di laman sendiri pada 1992.
Bagaimanapun, atlet legenda mengingatkan barisan pemain agar tidak terlalu tertekan dan hanya fokus kepada permainan di atas gelanggang.
"Rakyat Malaysia pun sama juga. Saya mahu Piala Thomas kembali ke Malaysia selepas 35 tahun.
"Sudah tentu pemain rasa berat tapi peranan saya adalah untuk meringankan tekanan.
"Sasaran tidak akan berubah tapi kami mahu pastikan pemain tidak perlu fikir banyak sangat (jadi runsing).
"Apa yang paling ditakuti (atlet) adalah kalah tapi kami perlu hadapinya juga, kena belajar (dengan kekalahan)," katanya.