Bekas penjaga gol Harimau Malaya era 70-an, Mohd Ali Osman, telah disahkan meninggal dunia pada 1.37 pagi tadi.
Allahyarham pernah menyarung jersi Perlis dan Penang suatu ketika dahulu dan pernah menggalas cabaran dalam beberapa kejohanan berprestij termasuk Kejohanan Bola Sepak Pra-Olimpik di Seoul pada tahun 1971 dan Pesta Bola Merdeka.
Difahamkan, Allahyarham sebelum ini telah ditidurkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar namun tidak dipastikan masalah sebenar tentang kesihatannya.
Ali Osman adalah legenda bola sepak tanah air ketika itu kerana prestasi konsistennya di atas padang atas prestasi termasuk pencapaian menjulang Piala Emas Raja-Raja pada 1967.
Al-Fatihah.