Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, menerima khabar gembira apabila namanya berada dalam senarai 13 penerjun untuk beraksi di pentas Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, April depan.
Penolong Setiausaha Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), May Tan, mengesahkan Yan Yee disenaraikan untuk ke Gold Coast dalam mesyurat jawatankuasa pemilihan pertama yang berlangsung, hari ini.
Bagaimanapun, ASUM harus menunggu keputusan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) terlebih dahulu adakah penerjun berusia 25 tahun itu dibenarkan beraksi, bergantung kepada tempoh hukuman penggantungannya yang akan diketahui dalam masa terdekat.
Selain terjun, seramai lima perenang juga telah disenaraikan untuk ke Sukan Komanwel manakala empat atlet bagi acara renang seirama.
ASUM, bagaimanapun, enggan mendedahkan lagi nama atlet-atlet berkenaan.
"Kami tidak mengetahui peluang buat Yan Yee beraksi dalam Sukan Komanwel. Buat masa ini, dia berada di dalam senarai untuk beraksi tetapi kami tidak mahu membuat sebarang keputusan pada ketika ini," kata May.
Bagi sukan para pula, hanya enam nama terpilih daripada 13 atlet yang dicalonkan daripada olahraga, berbasikal, renang, angkat berat dan ping pong.
Namun, pengurus skuad para negara ke Sukan Komanwel, Datuk R. Subramaniam, akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) untuk penambahan atlet, iaitu Ahmad Solihim Mohd Nor, bagi acara pecut T47 dan James Wong untuk acara renang.
"Kami telah menghantar 13 nama daripada beberapa jenis sukan tetapi bagi saingan Sukan Para Komanwel ini, slot diberikan oleh jawatankuasa penganjur kejohanan," katanya.