Skip to main content

Sukan Lain

WUG: Azeem Fahmi terlepas podium di Rhine-Ruhr

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, terlepas untuk meraih podium selepas menamatkan acara akhir 100m (meter) lelaki dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) di kedudukan keempat secara keseluruhan dengan catatan masa 10.35s.

Mengikut wartawan Astro Arena, Fariha Razak, yang berada di Rhine Ruhr, berkongsikan: "So close!!! Azeem Fahmi menamatkan aksi akhir 100m lelaki di kedudukan ke 4 dengan catatan masa 10.35s sekaligus terlepas podium." katanya.



 

Azeem mara ke pusingan akhir apabila menamatkan pusingan separuh akhir ketiga di kedudukan ketiga dengan catatan masa 10.43s.

Advertisement

Must Watch Video