Edisi ke-12 Pekema Golf President's Cup akan menemui anda di IOI Palm Garden Golf Club, Putrajaya pada 18 dan 19 Julai ini.
Menariknya, edisi kali ini akan turut menampilkan bekas pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin, yang akan beraksi dalam saingan hari pertama.
Kisah kebangkitan Shaaban menjadi inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, terutama atlet di peringkat profesional.
Dia mengalami kemalangan pada 2016 sehingga kehilangan kaki kiri tetapi bangkit mengatasi kekurangan itu untuk kembali ke lapangan.
Ayuh sertai Shaaban berentap dalam Pekema Golf President's Cup.
Isi borang pendaftaran di sini.
