Bintang Barcelona, Lamine Yamal, sah tidak akan beraksi menentang Sabah FK dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Baku, Azerbaijan, pada awal pagi Khamis ini.
Ia, susulan mengalami kecederaan di kaki kanannya sewaktu bertemu Villarreal dalam aksi LaLiga baru-baru ini.
Perkara itu disahkan oleh skuad kendalian Hansi Flick dalam kemas kini pasukan menjelang kunjungan ke stadium lawan bagi memburu keputusan positif dalam kempen antarabangsa musim ini.
Penyerang kebangsaan Sepanyol itu gagal menyempurnakan sepakan penalti, namun rakan sepasukan menebus kekecewaan itu dengan melakar kebangkitan sensasi daripada ketinggalan 0-2 hingga memperoleh kemenangan 3-2.
MEDICAL STATEMENT First-team player Lamine Yamal is experiencing mild discomfort in his right ankle. As a precaution, he will miss the match against Sabah and is expected to be available for next Sunday's match against Deportivo. https://t.co/FxBWxL2y98
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 23, 2026
Pemenang Piala Dunia 2026 itu sudah melakukan 168 penampilan selain merekodkan 62 gol bersama kelab Catalan itu.