Tiger Woods mengakui permainan ironnya sedikit berkarat tatkala dia kembali ke aksi kompetitif rasmi, namun tetap gembira untuk beraksi selepas menyamai par dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Farmers Insurance, semalam.
Pemenang gelaran utama sebanyak 14 kali itu beraksi di Torrey Pines minggu ini di mana dia pernah melakar lapan kejayaan, termasuk Terbuka Amerika Syarikat 2008.
Semalam, Woods mencatat tiga birdie dalam aksi kompetitif sulungnya dalam tempoh 10 bulan susulan pembedahan tulang belakangnya.
Dia ketinggalan tujuh pukulan di belakang pendahulu, Tony Finau.
Keputusan itu mencerminkan pemulihan Woods yang melakar dua di atas par, namun mengakhiri harinya dengan usaha luar biasa apabila mencatat tiga di bawah par dari lubang ke-16 sehingga meraih pujian orang ramai dan pesaingnya, Patrick Reed dan Charley Hoffman.
"Adalah menyeronokkan untuk kembali bersaing, menyeronokkan untuk berada di luar sana," kata Woods kepada Channel Golf.
"Saya mempunyai dua gandingan hebat, Pat beraksi hebat, Charlie mempamerkan aksi mantap sepanjang hari ... dan saya mungkin sedikit berkarat."
Diminta untuk menjelaskan kekurangannya, Woods berkata: "Permainan iron saya perlu lebih baik berbanding hari ini.
"Saya tidak memukulnya dengan dekat, saya tidak melihat kemampuan sendiri. Sukar untuk membuat birdie apabila anda sukar mendekati pin.
"Mudah-mudahan esok saya akan memukul dengan lebih baik, permainan iron saya lebih dekat dan kami beraksi lebih baik di atas dua green. Jadi, kita lihat apa yang berlaku nanti."
Peminat di Torrey Pines semakin teruja apabila pukulan tee Woods di lubang ke-16 hanya beberapa inci menghampiri lubang dan pemain berusia 42 tahun itu gembira dengan aksi berkenaan.
"Ia kelihatan baik semasa tee," katanya. "Kami tidak dapat melihat apa-apa dari belakang sana.
"Saya menggunakan iron enam lalu cuba memukulnya setinggi yang boleh. Ia terasa bagus, kelihatan baik dan saya hanya mendengar bunyi bising ... Ia dibantu angin!"