Penyerang skuad hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil, mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang rendah lawan untuk layak ke perlawanan akhir Final Siri Hoki Dunia, April depan apabila Malaysia diundi dalam kumpulan mudah bersama China, Itali dan Brazil.
Malaysia diletakkan selaku pilihan utama dalam Kumpulan B dan congakan kasar menyaksikan skuad kendalian Roelant Oltmans itu tidak sepatutnya menghadapi masalah berdasarkan kedudukan ranking lebih baik berbanding Itali (27) dan Brazil (32).
Namun, Malaysia perlu berwaspada dengan China meskipun pasukan tersebut kini berada di ranking ke-14 dunia memandangkan mereka mempamerkan aksi membanggakan ketika saingan Piala Dunia di India, Disember lalu.
"Ia satu cabaran buat pasukan kerana menjadi salah satu pentas untuk kami naikkan semula hoki di Malaysia. Pemain akan cuba sahut cabaran untuk bergelar juara kali ini," kata Tengku Ahmad Tajuddin.
Dua pasukan yang mara ke final akan menerima slot automatik ke kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan jika Malaysia gagal, skuad The Malaysian Hockey Tigers masih berpeluang layak berdasarkan kedudukan ranking dunia.
Bagaimanapun, barisan pemain negara mahu bergelar juara di laman sendiri tatkala Kanada muncul selaku pasukan pilihan Kumpulan A.
"Kalau saya beri yang terbaik dan begitu juga dengan seluruh pasukan, tidak mustahil untuk kami layak ke final," ujar seorang lagi pemain negara, Firhan Ashaari.