Skip to main content

Bola Keranjang

Wajah baru Adams kejutkan rakan sepasukan

steven-adams-42417-usnews-getty-ftr_5cyr1xgdxops146626qy2godm.jpg
Pemain center Oklahoma City Thunder (OKC), Steven Adams, hampir tidak dikenali rakan sepasukannya selepas mengambil keputusan untuk membuang misai dan jambangnya.

Rakan sepasukan, Enes Kanter, mendedahkan wajah baru Adams dalam akaun Twitter miliknya.
 

Adams, yang memiliki rupa paras seakan-akan Jason Momoa yang memainkan watak Aquamn dalam filem Justice League, kelihatan seperti individu yang berbeza.

Bagaimanapun, Adams bagaikan menghukum diri sendiri kerana bertindak membuang jambang yang telah pun menjadi simbolik kepada peminat OKC.

Kanter dan Adams merupakan dua sahabat baik dalam skuad OKC kerana masing-masing memiliki misai dan berjambang sehinggakan ada akaun Twitter bernama Stache Bros, yang ditujukan kepada kedua-dua pemain ini.

Adakah ini bermakna Adams bukan lagi Stache Bros bersama Kanter?

 

Advertisement

Must Watch Video