UniKL dipaksa berhempas-pulas sebelum memastikan kedudukannya kekal di tangga ketiga Liga Premier Hoki Malaysia (MHL-TNB), hasil kemenangan 2-1 ke atas UiTM-KPT di Stadium Hoki Kuala Lumpur, malam ini.
Suku pertama berakhir tanpa sebarang jaringan tetapi UniKL bangkit memecah kebuntuan pada suku berikutnya melalui pukulan sudut penalti Muhammad Aleem Bilal pada minit ke-22.
Bagaimanapun, misi UniKL untuk menjarakkan jurang daripada UiTM-KPT tidak kesampaian, sebelum lawan mencipta kejutan untuk menyamakan kedudukan pada suku ketiga.
Mohammad Faid Farhadh meledak jaringan itu, juga melalui pukulan sudut penalti, buat UiTM-KPT pada minit ke-31.
Pun begitu, anak buah Arul Selvaraj yang tidak tergugat dengan mudah apabila Muhamad Hafiz Zainol menyumbang gol padang untuk UniKL kembali mendahului pada minit ke-43.
Keputusan 2-1 yang memihak UniKL kekal sehingga tamat perlawanan.
Dalam perlawanan terdahulu, pendahulu liga, Pasukan Hoki Terengganu (THT) menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 10-1.
Sementara itu, TNB Thunderbolt terpaksa akur tewas tipis 3-4 kepada Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) terikat seri 2-2 dengan Maybank.