Skip to main content

News

Piala Dunia 2026: Sumpahan momentum England berterusan tapi ada bagusnya juga

sasa

Bukanlah lagi kebetulan, empat kali berturut-turut England seri dalam perlawanan kedua kejohanan besar.

Semalam, mereka buntu untuk merobohkan kubu Ghana yang mencipta formasi 4-5-1 untuk berkongsi mata, namun terus menerajui perlawanan Kumpulan L, Piala Dunia 2026.

Bertalu-talu anak buah Thomas Tuchel itu menguji pintu gol wakil Afrika tersebut, namun tidak berhasil dan pemain tengahnya, Declan Rice, menuntut rakan sepasukannya agar terus positif setelah dibuai pujian menggunung atas kemenangan membelasah Croatia 4-2 dalam perlawanan pembukaan.

Kini, mereka kembali berdepan realiti bahawa segala yang manis tidak akan kekal andai situasi berdepan skuad Black Stars berterusan, atau mereka perlu segera tingkatkan prestasi. 

"Kami ada satu lagi baki perlawanan kumpulan, kami perlu kekal positif," katanya untuk pertemuan dengan Panama, Ahad ini.

Keupayaan mencipta rentak konsiten The Three Lions kembali diragui, lebih-lebih lagi ketika berdepan keampuhan benteng seperti yang disajikan Ghana.

"Bukan mudah untuk menembusi sesebuah pasukan yang mengamalkan 4-5-1 dan berkubu di tempat sendiri selain cukup berdisiplin.

"Mereka meraikan keputusan 0-0 macam satu kemenangan. Kami tidak boleh berasa cemas" kata ketua jurulatih England, Tuchel.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video