Pelumba berpengalaman negara, Loh Sea Keong, tampil dengan pasukan berbeza dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini apabila menjadi pilihan pasukan Thailand Continental.
Mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan LTdL membuatkan Sea Keong turun dengan persediaan lebih baik pada kali ini.
Dua edisi terdahulu menyaksikan dia mewakili pasukan kebangsaan, namun kali ini dia beralih angin untuk mencuba nasib bersama pasukan negara jiran itu.
Katanya, sasarannya tetap sama iaitu untuk memburu kedudukan terbaik selain memperbaiki pencapaian tahun lalu di mana dia menduduki tangga ke-94 keseluruhan.
"Untuk tahun ini saya berharap masih menikmati perlumbaan, mana tahu saya boleh buat kejutan," katanya.
Sea Keong merupakan salah seorang daripada dua pelumba negara yang mewakili pasukan dari Thailand untuk saingan LTdL kali ini.
Seorang lagi adalah pelumba kebangsaan, Afiq Huznie Othman, membawa cabaran pasukan Infinite Ais.
Sea Keong berkata, pandai berkomunikasi dalam bahasa Thai menjadi kelebihan buatnya dalam membantu pasukan itu mencipta keputusan positif.
"Kami sudah lama berlumba bersama termasuk dalam Sukan SEA. Jadi tahap (tinggi) pelumba tetap ada," tambahnya.
Peringkat pertama perlumbaan LTdL sejauh 124.8km dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu dengan menampilkan tiga zon pecutan dan dua pendakian.
Saingan LTdL akan bermula esok hingga 1 Mac depan.