Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar, menjelaskan beliau tidak memiliki sebarang sesalan apabila mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden enam bulan menjelang mesyuarat agung tahunan MOM, Jun depan.
Beliau mendedahkan sudah berpuas hati untuk berkhidmat dan dapat meninggalkan MOM pada saat organisasi itu dalam keadaan yang terurus di samping percaya penggantinya mampu menjalankan tugas dengan lebih baik pada masa akan datang.
"Saya tidak menyesali (keputusan) untuk meletakkan jawatan. Saya meninggalkan persatuan ini berada dalam keadaan yang lebih terurus," katanya.
Tunku Imran ditemui dalam satu majlis makan tengah hari sempena penghargaan kepada media yang telah bekerjasama dengan baik bersama MOM.