'hole in one'
Itu merupakan sandaran pemain golf amatur wanita negara, Foong Zi Yu, yang enggan meletakkan sebarang tekanan dan menekankan pengurusan ketenangan yang jitu dalam TSM Golf Challenge 2025 bagi memastikan setiap pukulan mampu mencatat keputusan cemerlang.
"Seperti saya pernah katakan tidak meletakkan sasaran. Bagi saya ia adalah mengenai proses dan berikan aksi terbaik saya," katanya.
Dalam pada itu, pemain golf amatur wanita negara, Maisarah Hezri, pula meletakkan sasar untuk berada di kelompok tiga terbaik edisi ke-14 cabaran golf amal tsm bertemakan 'In Search Of The Malaysian Tiger' yang akan berlangsung dari 16 hingga 19 Jun ini di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC).
Dia kini berada dalam misi serampang dua mata apabila belajar dan meletakkan tempoh empat tahun sebelum bergelar pemain profesional.
"Kalau boleh mahu menang tetapi secara realisitik mahu berada di kelompok ketiga. Selepas habis belajar saya mahu fokus pada golf." ujarnya.
Bagi kategori lelaki tumpuan terarah kepada pemain golf negara, Anson Yeo, yang merupakan juara Sukan Malaysia (Sukma) edisi lalu untuk memperagakan aksi terbaik dalam kejohanan kali ini.