Skip to main content

Sukan Lain

TRT idam mara ke final Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2

090217-pasukan-ragbi-terengganu-trt-3.jpg
Dibarisi majoriti pemain muda tidak menghalang Pasukan Ragbi Terengganu (TRT) untuk memasang impian mara ke final dalam penampilan sulung Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2, musim ini.

“Kami telah melakukan persiapan sejak 12 Januari lalu dengan mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang Kota Bharu RC (13-13) dan Bidong Broccoli RC (23-0), ia memberi keyakinan kepada kami untuk menghadapi perlawanan pertama.

090217  Pasukan Ragbi Terengganu (TRT) 1

“Seramai 36 pemain yang majoritinya adalah bawah 20 tahun akan menggalas cabaran dalam penampilan sulung TRT musim ini, selain menjadi salah satu persiapan Terengganu untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

“Pihak pengurusan telah memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat pemain import kerana kami yakin dengan kebolehan pemain-pemain yang ada selain masa latihan yang mencukupi,” ujar ketua jurulatihnya, Izaimi Zainuddin.

TRT akan berdepan lawan tunggal dari Kumpulan D, Kelab Ragbi Jerantut Rainforest, di gelanggang lawan pada Sabtu untuk menentukan juara dan naib juara kumpulan sebelum ke peringkat suku akhir.

“Sasaran utama adalah untuk layak ke final dan seterusnya muncul juara buat kali pertama.

"Kami perlu menang ke atas Jerantut untuk membolehkan aksi suku akhir diadakan di Kuala Terengganu selaku juara Kumpulan D.

“Namun, bukan tugas mudah kerana Jerantut adalah pasukan yang bagus memandangkan mereka mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Ragbi Kebangsaan, tahun lalu.

“Selain itu, skuad ATM Navy Orca (Kumpulan B) dan VIOBA Blues (Kumpulan A) juga antara pasukan pilihan yang mampu menghalang hasrat TRT.

“Saya harap kami mampu menunjukkan aksi terbaik kerana barisan pemain TRT juga terdiri daripada bukan calang-calang pemain, termasuk dua pemain bawah 19 tahun negara, iaitu Abdul Latiff Said dan Mohd Khairul Nor Azmi,” tambahnya lagi. 
 
090217  Pasukan Ragbi Terengganu (TRT) 2

Advertisement

Must Watch Video