Skip to main content

Hoki

TNB intai kemenangan di Kuala Terengganu

010217-muhd-amin-abdul-rahim.jpg
"Seri sudah memadai bagi saya." Demikian harapan pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Muhd Amin Abdul Rahim, menjelang pertemuan dengan pendahulu Liga Hoki Malaysia (LHM), Terengganu Hockey Team (THT), Jumaat ini. 

Selepas mengharungi enam perlawanan liga, TNB menunjukkan peningkatan dari segi gaya permainan dan keserasian dalam menjana serangan. 

Paling membanggakan dalam perlawanan sebelum ini, TNB berjaya mengikat Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 2-2, 22 Januari lalu. 

Justeru, Amin amat berharap anak-anak buahnya juga mampu mengulangi persembahan yang sama ketika menentang THT apabila bertandang ke Kuala Terengganu. 

"Kami cuba ikat dan curi mata daripada pasukan kuat seperti THT dan KLHC.

"Kami berjaya melakukannnya ketika menentang KLHC dalam perlawanan lepas dan untuk pertemuan dengan THT, misi kami tetap sama. 

"Kalau di hari yang baik dan tuah menyebelahi kami, kami akan cuba menang," ujarnya. 

Meskipun sedar dengan kemampuan lawan yang dibarisi beberapa pemain berkualiti seperti Faizal dan Firhan Shaari, Amin yakin barisan pertahanan TNB mampu untuk mengekang asakan lawan, apatah lagi musim ini mereka diperkuatkan dengan pemain kebangsaan seperti Faiz Helmi Jali dan Norhizzat Sumantri.

"Tahun lalu dianggap sebagai pendedahan kepada kami. 

"Pemain sudah mula menunjukkan kematangan. Kita lihat kehadiran Faiz Helmi dan Norhizzat telah banyak membantu pasukan dari segi prestasi dan mengekalkan momentum pasukan."

Advertisement

Must Watch Video