Skip to main content

Sukan SEA

Tinju: Kehadiran keluarga lonjak semangat Indran

r-indran-tinju-210817.jpg
Peninju negara, R. Indran, menyifatkan kejayaannya melangkah ke peringkat separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 adalah disebabkan kehadiran keluarganya yang datang dari Taiping untuk memberikan sokongan. 

Ini merupakan penampilan pertamanya dalam Sukan SEA. 

Indran beraksi dalam kategori middleweight (75kg) apabila berjaya menumbangkan peninju Timor Leste, Henrique Martins Perriera. 

Kemenangan itu diberikan pengadil, Vu Hung Cuong, selepas peninju Timor Leste dilihat tidak dapat meneruskan perlawanan kerana mengalami kecederaan. 

"Saya bertambah semangat kerana beraksi di tempat sendiri dan kehadiran keluarga.

"Peranan yang dimainkan jurulatih sangat besar apabila membawa saya sampai ke tahap ini," katanya. 

Sementara itu, dua lagi wakil negara, Arfiwanie Ahmad Anshori dan Abdul Salam Kadir, terkandas apabila tunduk kepada lawan masing-masing. 

Arfiq yang beraksi dalam kategori bantamweight (56kg) disingkirkan peninju Thailand yang menduduki ranking nombor tiga dunia, Chatchai Budee, dengan keputusan 4-0. 

"Mungkin bukan rezeki saya pada tahun ini.

"Saya sudah memberikan aksi terbaik, sekurang-kurangnya saya menghabiskan pertarungan ini," ujar
Abdul Salam yang tewas kepada juara bertahan, Ian Clark Bautista, dengan keputusan 5-0. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video