Skip to main content

Sukan SEA

Tinju: Fuad akhiri badi emas

tinju.jpg

Petinju negara, Muhammad Fuad Mohd Redzuan, cemerlang membutirkan emas pertama skuad tinju sejak Sukan SEA Laos 2009 selepas merangkul emas kategori light flyweight 49 kilogram di Dewan 8, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), hari ini.

Selepas mempamerkan aksi hambar di Singapura dua tahun lalu, skuad tinju turun beraksi di laman sendiri kali ini dengan tanggungjawab berat untuk mengakhiri badi emas yang kali terakhir dimenangi di Vientiane.

Fuad, bagaimanapun, berdepan tentangan hebat daripada peninju Thailand, Thani Narinram, yang juga merupakan bekas juara remaja Kejohanan Tinju Amatur Asia (ASBC) 2014.

Corak Nariram yang lebih gemar menyerang berbanding bertahan membuka peluang buat Fuad mencuri mata dengan melepaskan tumbukan berkesan.

Pada akhir pertarungan tiga pusingan itu, kedua-dua peninju dilihat mengangkat tangan sebagai isyarat meyakini kemenangan.

Kesudahannya, Fuad yang diisytiharkan menang dengan keputusan 5-0, sekaligus mengakhiri badi emas lapan tahun.

"Saya berasakan sangat bertuah selepas lapan tahun akhirnya berjaya meraih pingat emas untuk Malaysia," kata Fuad.

Sementara itu, seorang lagi petinju negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas kepada lawan dari Filipina, Marvel John Nobel Tupas -- dalam acara light heavyweight 81kg -- menerusi keputusan RSC (pengadil menghentikan perlawanan) selepas mendapati Adli tidak mampu melindungi dirinya daripada tumbukan bertubi-tubi lawannya itu.

"Segalanya berlaku begitu pantas, petinju dari Filipina itu untuk terlalu pantas ketika melepaskan tumbukan," kata Adli.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Kredit foto: Media MASOC

Advertisement

Must Watch Video