Peninju negara, Muhammad Fuad Mohd Redzuan, melangkah ke separuh akhir kategori light-flyweight 49 kilogram selepas menewaskan wakil Filipina, Carlo Paalam, di Dewan 8 MiTEC, hari ini.
Aksi suku akhir mempertemukan Fuad dengan Paalam selepas mendapat 'bye' dalam pusingan awal.
Sepanjang tiga pusingan, Fuad bijak memaksa Paalam untuk mengejar gerakan lincahnya.
Serangan lebih tepat daripada Fuad menyaksikan dia menang menerusi keputusan pengadil.
"Sebaik melihat undian Sabtu lalu, saya menonton pertarungannya dalam saluran Youtube dan beberapa rakaman yang kami miliki.
"Itu turut membantu untuk mengatasi pihak lawan, mudah untuk menang kerana ada bantuan-bantuan itu semua.
"Dalam pusingan kedua, dia sudah mula menukar rentak permainannya dan saya berdepan sedikit kesukaran.
"Tetapi, saya berjaya mengatasinya dalam pusingan ketiga," jelas Fuad.
Turut menemani Fuad ke separuh akhir ialah Adli Hafidz Pauzi bagi kategori light heavy (81kg) yang mara selepas menumpaskan Vo Van Que dari Vietnam.
"Ini adalah Sukan SEA pertama saya. Perlawanan memang sengit. Lawan langsung tidak mengundurkan diri.
"Saya menggunakan strategi iaitu menumbuk lebih daripada empat kali. Apa yang saya katakan kepada diri sendiri, tumbukan tidak sakit tetapi saya kena balas.
"Saya tidak risau sakit yang dirasai kerana kesakitan ini adalah demi negara," ujar Adli.
Bagaimanapun, Khir Akyaazlan Azmi gagal meneruskan kemaraan selepas terkandas dalam suku akhir kategori light welter 64kg apabila tewas kepada peninju Filipina, Charly Suarez.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.