Muhammad Fuad Mohd Redzuan berpeluang merebut pingat emas tinju kategory light flyweight 49 kilogram setelah mengetepikan cabaran peninju Laos dalam aksi separuh akhir, hari ini.
Fuad mara ke separuh akhir setelah menewaskan peninju Filipina, Carlo Paalam, semalam.
Berlangsung di Dewan 8, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Fuad diberi tentangan hebat oleh Lasavongsy Bounpone sebelum disahkan pemenang menerusi keputusan pengadil.
Fuad hampir melakukan knock out seawal pusingan pertama apabila berjaya merebahkan Lasavongsy sebelum peninju Laos itu kembali meneruskan perlawanan selepas lapan kiraan.
Memasuki pusingan kedua, Lasavongsy melancarkan tumbukan bertubi-tubi, namun gagal menggugat Fuad yang bijak melepaskan beberapa tumbukan padu.
Turut mengiringi Fuad ke final, Adli Hafidz Mohd Pauzi yang bakal merebut pingat emas dalam kategori light heavyweight 81kg selepas menumpaskan wakil Singapura, Muhammad Dinie Hakim di peringkat separuh akhir.
Bagaimanapun, skrip sama tidak mampu diulangi Indran Rama Krishnan apabila tewas kepada petinju Filipina, Eumir Felix Marcial menerusi technical knockout (TKO).
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.