Skip to main content

Sukan SEA

Terjun: Mun Yee mahu terus beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

30817munyee_1.jpg
Penerjun berpengalaman, Leong Mun Yee akan terus beraksi untuk negara selagi mampu kerana masih belum terlintas untuk bersara dalam masa terdekat selepas berakhir Sukan SEA Kuala Lumpur.

Ini merupakan penampilan ke-11 Mun Yee sejak Sukan SEA 1997 di mana dia telah meraih 15 pingat emas sepanjang penyertaannya.

Pernah menyuarakan hasrat untuk bersara sebelum ini, Mun Yee bagaimanapun memberi bayangan dia masih cintakan kariernya untuk terus beraksi selagi mampu.

Bahkan, atlet berusia 32 tahun ini menganggap tahap kecergasan dan fizikalnya masih di tahap terbaik selain tidak berdepan masalah untuk terus mengharumkan nama negara.

"Saya rasa secara keseluruhannya memang berpuas hati. Saya rasa kalau prestasi saya masih baik, saya mahu terus bertanding mewakili negara," kata nya.

Mun Yee berjaya merangkul dua pingat emas dalam  Sukan SEA Kuala Lumpur menerusi acara 10m platform seirama campuran dan terbaru, 10m platform serirama wanita bersama Traisy Vivien.

Traisy yang beraksi buat kali keempat di pentas Sukan SEA, puas dapat mempamer aksi cemerlang bersama Mun Yee untuk mempertahankan pingat emas berbanding prestasi di Singapura dua tahun lalu .

"Kalau nak dibandingkan dengan aksi di Singapura, di Kuala Lumpur lebih baik kerana sebelum ini persiapan tidak berapa baik. Kali ini saya berlatih dengan lebih gigih," kata Traisy.

Advertisement

Must Watch Video