Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Selangor: Johnathan gagal pamer bidikan terbaik

johnathan.jpg
Aksi atlet menembak lelaki negara, Johnathan Wong, dalam aksi final 10 meter air pistol Terbuka Selangor tidak menjadi apabila sekadar menamatkan kedudukan di tempat ketujuh, hari ini.

Aksi kurang memberangsangkan daripada Johnathan menyaksikan dirinya tersingkir awal untuk berada di kedudukan kedua terbawah dengan catatan 133.9 mata.

Gagal mengekalkan fokus menjadi punca utama dia gagal membidik mata terbaik, sekali gus tersungkur di tempat ketujuh sambil menganggap ia pencapaian terburuknya setakat ini.

Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 ini akan mengambil pengajaran daripada kesilapan dalam kejohanan pertamanya tahun ini.

"Kesilapan yang dilakukan ini ternyata mengganggu fokus dalam persembahan saya. Saya akan mengambil kesilapan ini sebagai pengajaran untuk tidak diulangi pada masa akan datang," kata Johnathan.

Eddy Chew tidak melepaskan peluang terbaik selepas pesaing rapatnya itu tersingkir untuk meraih emas dengan catatan 240.4 mata. 

Eddy, yang kini tidak lagi bersama skuad negara, mahu terus melakar kejutan dalam Kejohanan Menembak Universiti Dunia, Mac depan bagi segera diserap kembali dalam pasukan kebangsaan

"Saya telah beraksi dalam edisi sebelum ini di Dubai. Ketiadaan Johnathan untuk saingan kali ini menjadi tanggungjawab yang harus saya pikul bagi mempamerkan persembahan terbaik," kata Eddy.

Advertisement

Must Watch Video