Skip to main content

Sukan

Terbuka Jepun: Tiga lagi wakil negara lolos dengan straight set

teo-ee-yi-ong-yew-sin-badminton-malaysia.jpg
Ong Yew Sin-Teo Ee Yie memulakan kempen Terbuka Jepun, hari ini, menerusi kemenangan straight set ke atas gandingan dari Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar.

Beregu lelaki profesional negara itu, bagaimanapun, diberi tentangan cabaran sengit terutama dalam set kedua apabila tanda-tanda kebangkitan wakil dari Eropah itu bermula selepas menyamakan kedudukan 6-6 dalam set pertama.

Tetapi selepas kedudukan terikat 7-7, Yew Sin-Ee Yi pantas menutup set pertama 21-15 sebelum cabaran sebenar dalam set kedua bermula apabila pasangan negara ketinggalan sebelum ikat kedudukan 6-6.

Malaysia kemudian ketinggalan 8-12 tetapi bangkit hingga kedudukan kembali terikat 17-17.

Bermula detik itu, Yew Sin-Ee Yi tidak lagi menoleh ke balakang dengan menamatkan cabaran denganb kemenangan 21-18.

Dalam masa sama, dua beregu campuran negara langkah kanan dalam aksi pembukaan. 




Chan Peng Soon-Cheah Yee See sedikit bergelut dilihat dalam pertemuan dengan pilihan kelapan kejohanan, juga dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, yang agresif, khususnya dalam set pertama yang menyaksikan barisan negara dikerah bekerja keras untuk tidak ketinggalan terlalu jauh sebelum berupaya menyamakan kedudukan 17-17 sebelum menutup permainan 21-18.

Skrip set kedua lebih menarik dengan kedua-dua pasangan garang dalam memastikan masa dan tenaga tidak dibazirkan untuk pertarungan diheret ke set penentuan sambil cuba mengelak kesilapan mudah, sebelum pertemuan pertama mereka ditamatkan 21-18 sebelum sejam permainan.




Turut mara ke pusingan 16 ialah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Cuma bezanya, beregu campuran negara itu mudah mengatasi lawan dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, dalam set pertama dengan mendahului dari awal sampai akhir.

Walaupun ada ruang yang dibuka untuk lawan mencuri mata, ia tidak dibiarkan berlarutan dengan menjamin kemenangan 21-15. 

Walaupun ketinggalan dalam set kedua, mereka kembali memperkemaskan permainan di pertengahan set dan usaha mereka berhasil selepas bangkit daripada keciciran tig mata berturut-turut di kedudukan 18-18, sebelum memacu kemenangan 21-18 dalam tempoh hanya 30 minit.


 

Advertisement

Must Watch Video