Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Australia: Wozniacki mara ke pusingan keempat

200118carolinewozniacki.jpg
Selepas berjaya mengelak daripada penyingkiran dalam pusingan kedua, Caroline Wozniacki mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Kiki Bertens dalam saingan Terbuka Australia, semalam

Wozniacki bangkit selepas ketinggalan 5-1 dalam set ketiga ketika bertemu Jana Fett dalam aksi sebelum ini, menyelamatkan dua mata kemenangan ketika memenangi enam permainan berturut-turut.

Aksi kemas Bertens ternyata memberikan masalah buat Wozniacki di Rod Laver Arena dalam pusingan ketiga itu tetapi wakil Denmark itu berjaya menemui ramuan untuk menidakkan lawan dari Belanda berkenaan untuk meraih kemenangan 6-4, 6-3.

Pukulan depan Wozniacki menjadi senjata utama di Melbourne Park, terutama sekali ketika membalas pukulan kilas Bertens.

Ketika pemain pilihan ke-30 itu terus memberikan tekanan sepanjang perlawanan, ia bukan satu-satunya cabaran buat Wozniacki menempuhi perlawanan ini.

Permukaan gelanggang yang kering turut memberikan halangan kepada pemenang WTA Akhir 2017 itu, yang bagaimanapun berjaya memenangi set pertama 6-4 dalam tempoh 41 minit.

Pemain nombor dua dunia itu meneruskan momentum apabila berjaya mendahului permainan 3-0 sebelum memenangi perlawanan tersebut.

Wozniacki selepas ini akan bertemu dengan pemain pilihan ke-19, Magdalena Rybarikova.
 

Advertisement

Must Watch Video