Caroline Wozniacki mencipta sejarah muncul pemain tenis pertama dari Denmark untuk muncul juara grand slam apabila mengatasi Simona Halep dalam aksi final Terbuka Australia, sebentar tadi.
Persembahan Wozniacki melonjak naik selepas dia hampir tersingkir pada pusingan kedua dalam kejohanan grand slam pertama untuk tahun ini selepas berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan ketika berdepan Jana Fett.
Pertembungan di antara pemain pilihan pertama dan kedua kejohanan di Melbourne Park itu ternyata memberikan satu persembahan menarik yang memakan masa selama hampir tiga jam, dengan Wozniacki akhirnya menemui jalan untuk memenangi perlawanan 7-6 (6-2), 3-6, 6-4.
"Sukar untuk bercakap ketika ini tetapi saya mahu mengucapkan tahniah kepada Wozniacki, dia telah bermain dengan baik. Saya telah mengharungi kejohanan ini dengan baik. Saya tidak bermula dengan baik kerana mengalami kecederaan buku lali tetapi saya berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan," kata Halep.
"Semestinya saya sedih kerana gagal meraih kemenangan hari ini tetapi Wozniacki tampil dengan aksi lebih cemerlang. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan saya berharap untuk kembali beraksi di sini tahun depan."
Wozniacki pula mengulas: "Kemenangan ini merupakan satu impian menjadi kenyataan buat saya. Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Saya telah menempuhi dua minggu yang menakjubkan. Saya juga mahu mengucapkan tahniah kepada Halep. Saya berharap kami akan bertemu lagi dalam kejohanan-kejohanan akan datang."

Selepas perlawanan berakhir, Halep mengucapkan tahniah kepada Wozniacki di atas persembahan terbaik yang dipamerkannya untuk muncul juara.An unbelievable battle.
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 27, 2018
Respect.#AusOpen pic.twitter.com/LTRMa28VbO