Skip to main content

Tenis

Terbuka Australia: Kecederaan Nadal beri laluan Cilic ke separuh akhir

23118nadal.jpg
Harapan Rafael Nadal dalam saingan Terbuka Australia lebur apabila terpaksa menarik diri akibat kecederaan dalam set kelima ketika berdepan Marin Cilic, hari ini.

Bekas pemenang Terbuka AS, Cilic, mempamerkan persembahan cemerlang di Rod Laver Arena, dengan pukulan depannya merupakan senjata utama hingga memaksa Nadal menarik diri akibat kecederaan selepas bertarung selama tiga jam 47 minit.

Bagaimanapun, wakil dari Croatia itu dibantu oleh penurunan prestasi Nadal, di samping bantuan pegawai perubatan yang memasuki gelanggang dalam set keempat bagi menilai kecederaan yang dialami oleh pemain nombor satu dunia itu.

Nadal meneruskan permainan buat seketika sebelum memutuskan untuk menarik diri daripada perlawanan itu dan perlawanan berkesudahan 3-6, 6-3, 6-7 (5-7), 6-2, 2-0.

Cilic bakal berdepan Kyle Edmund dalam separuh akhir, yang bermakna harapan penonton untuk menyaksikan Nadal bertemu Roger Federer dalam aksi final tidak kesampaian.
 

Advertisement

Must Watch Video