Chung Hyeon meneruskan kempen mengagumkan dalam Terbuka Australia apabila membuktikan kehandalannya ke atas Tennys Sandgren dalam aksi suku akhir, sebentar tadi.
Chung, yang sedang meningkat naik dalam Jelajah Dunia ATP, meraih kemenangan 6-4, 7-6 (7-5,) 6-3 ke atas Sandgren di Rod Laver Arena, Melbourne.
Pemain berusia 21 tahun itu yang muncul pemain Korea Selatan pertama yang mara ke suku akhir kejohanan utama, tidak menghadapi masalah untuk layak separuh akhir menerusi kemenangan dalam tempoh 2 jam 28 minit.
Chung, yang menawan Kejohanan Final ATP Next Gen tahun lalu, menampilkan aksi cemerlang ketika berdepan lawannya dari Amerika Syarikat itu yang juga merupakan pakej kejutan di Melbourne.
Menanti Chung dalam separuh akhir nanti ialah sama ada Roger Federer atau Tomas Berdych.
Selepas menumpaskan Novak Djokovic dan Alexander Zverev sepanjang kemaraannya, Chung sukar digugat oleh pemain ke-97 dunia itu.
Kedua-dua pemain memulakan permainan dengan goyah yang menyaksikan hanya sekali servis dipatahkan oleh Chung.
Dalam set kedua, mereka saling mematahkan servis sebelum Chung merakamkan 'tie break' untuk memenangi baki tiga mata.
Situasi itu hampir memadam cabaran Sandgren apabila membenarkan Chung untuk mendahului 3-1 sebelum memuktamadkan pertarungan itu biarpun berdepan kebangkitan lewat oleh lawannya pada penghujung set.
Sementara itu, dalam saingan wanita, Madison Keys kesal aksi tidak konsisten menjeratnya sehingga tunduk kepada Angelique Kerber 6-1, 6-2.
"Kerber bermain dengan begitu baik. Saya cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza namun tidak begitu konsisten," kata Keys.