Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Tenis

Terbuka Australia: Federer tepati ramalan ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

171117federer.jpg
Bintang tenis Switzerland, Roger Federer, tidak berdepan masalah untuk mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik Terbuka Australia 2018 apabila mengatasi cabaran wakil Republik Czech, Tomas Berdych, sebentar tadi.

Beraksi di Rod Laver Arena, Federer yang menundukkan Marton Fucsovics dari Hungary dalam aksi sebelum ini, berdepan saingan sengit Berdych sebelum menamatkan set pertama 7-6 (7-1).

Bagaimanapun, pemain nombor dua dunia itu nyata berada dalam kelas tersendiri apabila meneruskan aksi cemerlang dalam set seterusnya untuk memenangi perlawanan 6-3, 6-4.

Federer bakal melakukan perhitungan separuh akhir dengan bintang muda Asia yang sedang meningkat naik dari Korea Selatan, Chung Hyeon, Jumaat  ini, selepas pemain berusia 21 tahun itu membenam cabaran wakil Amerika Syarikat, Tennys Sandgren, 6-4, 7-6 (7-5), 6-3 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video