Novak Djokovic meneruskan rekod sempurnanya ke atas Gael Monfils apabila menundukkan pemain Perancis itu dalam Terbuka Australia di bawah cuaca panas di Rod Laver Arena, Melbourne, hari ini.
Djokovic merakamkan kejayaan ke-15 ke atas Monfils menerusi kemenangan 4-6, 6-3, 6-1, 6-3 dalam pusingan kedua.
Selepas membuat permulaan baik, Monfils kehilangan rentaknya ketika bermain dalam cuaca panas yang hampir mencecah 40 darjah Celsius di Melbourne.
Pemain berusia 31 tahun berkenaan beraksi di bawah tahap sebenar sehingga terpaksa berhempas-pulas dalam pertengahan set kedua, dan akhirnya tewas kepada pemenang 12 kali Grand Slam itu dalam tempoh 2 jam 45 minit.
Djokovic, yang masih memakai apparatus di lengan kanannya selepas dibelenggu kecederaan siku, akan menghadapi pilihan ke-21 dari Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas, dalam pusingan ketiga.
Juara enam kali dari Serbia itu gagal membuat permulaan baik menentang Monfils dalam pertembungan dalam cuaca yang mencecah suhu paling tinggi itu.
Kesilapan mudah termasuk servis menyaksikan Monfils diberi peluang untuk mendahului 3-0, sebaliknya pemain Perancis itu membuat kesilapan sama.
Bagaimanapun, Monfils menamatkan set pertama dengan kemenangan, sebelum bergelut untuk meneruskan servis baik dalam permainan keenam set kedua.
Djokovic tidak mahu menunjukkan kelemahannya apabila bangkit untuk menawan dua set berikutnya.
Monfils tidak mempunyai jawapan untuk menyaingi pemain Serbia itu atau permainan di bawah cuaca panas sehingga sekali lagi tumpas kepada Djokovic dalam set keempat.