Skip to main content

Tenis

Tenis: Skuad negara intai kelayakan ke Kumpulan 1 peringkat Asian/Oceania

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sharifah-elsa-wan-abdul-rahman.jpg
Jurulatih tenis kebangsaan, Muliyadi Jamal, menegaskan skuad kebangsaan kini bersedia sepenuhnya untuk mengisi dua kelompok teratas Kumpulan II Asia/Oceania, Billie Jean King Cup, dalam kempen yang bermula Isnin depan. 

Menurutnya, lima pemain terakhir yang akan diumumkan Sabtu ini terdiri dalam kalangan atlet yang memenuhi tuntutan prestasi semasa yang terbaik.

Berdasarkan persiapan skuad kebangsaan, dia yakin anak buahnya mampu mempamerkan persembahan terbaik untuk layak ke Kumpulan I.

"Mereka yang tersenarai merupakan atlet yang dalam senarai pendek ke Sukan SEA Thailand. 

"Ini merupakan sebahagian daripada persiapan mereka termasuk kejohanan akan datang," kata Muliyadi.

Sementara itu, pemain wanita kebangsaan, Sharifah Elsa Wan Abdul Rahman, berkata semangat sepasukan merupakan azimat terpenting untuk melakar kemenangan dan seterusnya matlamat utama melayakkan diri ke Kumpulan I.

"Kami berikan tumpuan kepada acara berpasukan terlebih dahulu sebelum mengalihkan perhatian kepada kempen perseorangan dan beregu. 




Justeru, Presiden Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir menyeru semua penyokong agar membanjiri Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta, bagi menyuntik semangat pemain menghadapi kejohanan itu.

"Kami mengharap galakan daripada penyokong penting untuk memacu semangat pemain negara dalam mencapai tahap yang lebih tinggi," kata Mirzan. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video