Penyerang berpengalaman, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, menegaskan dia bersedia untuk menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL), bermula bulan depan.
"Kali terakhir saya bersama skuad negara adalah pada 2013 ketika Pusingan Ketiga WHL di Antwerp, Belgium.
"Skuad negara ada memanggil saya untuk menyertai latihan bersama mereka bagi menghadapi Pusingan Kedua WHL di Dhaka, Bangladesh,” katanya.
Pemain berusia 31 tahun itu kini berada dalam prestasi terbaik selepas membantu Pasukan Hoki Terengganu (THT) menghuni tangga teratas Liga Premier Hoki Malaysia (MHL-TNB) selain menjaringkan tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir.
"Bagaimanapun, sebarang keputusan terletak di tangan MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) sama ada mahu menyerapkan saya sepenuhnya atau tidak kerana hanya dijemput untuk menjalani latihan.
"Sememangnya saya sentiasa bersedia sekiranya khidmat saya diperlukan untuk menyarung jersi kebangsaan," tambahnya.