Kontinjen negara mendapat sokongan padu menjelang empat temasya utama sehingga tahun 2022 apabila menerima tajaan sebanyak RM40 juta bagi tempoh empat tahun daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB) bermula tahun ini.
Peruntukan sebanyak RM40j daripada MAB merupakan tajaan terbesar yang pernah diterima kontinjen Malaysia.
Ia melibatkan empat temasya utama dalam tempoh empat tahun, iaitu Sukan SEA Filipina 2019, Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan Asia 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 selain turut membabitkan beberapa kejohanan penting antarabangsa yang lain.
Tajaan yang diterima itu diharap mampu membuka mata lebih banyak syarikat korporat untuk turut bekerjasama menjadi penyumbang terbesar dalam landskap sukan negara.
"Saya mahu memastikan kami menerima lebih banyak lagi tajaan.
"Saya sudah berjumpa dengan beberapa syarikat korporat yang berminat untuk membantu. Namun, kami nak pastikan terlebih dahulu bahawa kami berada di hala tuju yang sama.
"Pihak penaja sememangnya mahu melihat sukan negara sentiasa bergerak ke hadapan," ujar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika MAB diumum sebagai rakan rasmi program kontinjen negara yang pertama menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), hari ini.