Tiga pingat gangsa sudah pasti dalam genggaman skuad taekwondo negara dalam saingan kyorugi selepas mempunyai tiga wakil dalam aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung petang nanti.
Pengurus skuad taekwondo, A. Jayarajan, menyatakan bahawa atlet-atletnya telah mempamerkan aksi memberangsangkan serta terdapat ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.
"Kami mempunyai dua atlet yang bertanding dalam acara separuh akhir hari ini. Salah seorang daripadanya adalah Nur Farah Alisa Roslan. Dia beraksi dengan agak baik dalam penampilan pertamanya dalam Sukan SEA. Ini satu pendedahan baik untuknya," katanya.
"Bagi Nur Intan Zulaikha Mohd Firdaus, dia akan bertanding dalam separuh akhir. Saya berharap dia akan mara ke final dan meraih pingat."
Jayarajan turut menyatakan bahawa Alisa mampu menangani kekalahannya, malah akan membuat kebangkitan dalam edisi Sukan SEA akan datang.
"Bagi saya, dia tidak akan ada masalah untuk menangani kekalahan itu kerana saya yakin dia akan bangkit lebih baik dalam edisi seterusnya,"
Bagi saingan lelaki, Jayarajan meletakkan harapan yang tinggi kepada Rozaimi Rozali untuk mencipta kejutan ketika bertemu wakil dari Thailand, petang ini.
"Rozaimi akan berdepan aksi sukar kerana lawannya dari Thailand seorang atlet yang hebat. Tetapi dia akan membuktikan kemampuannya."
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.