Skip to main content

Sukan Lain

Suryani tersenarai beraksi di Gold Coast

181217suryani.jpg
Walaupun kes saman Institut Sukan Negara (ISN) masih dalam proses mahkamah, ia tidak menghalang penembak berpengalaman negara, Nur Suryani Taibi, berada dalam senarai
tujuh penembak awal yang bakal beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018.


Suryani mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan minggu lalu dan dia terkejut sentuhannya masih ditagih barisan kejurulatihan negara.

Dia berjanji untuk memberikan fokus sepenuhnya tanpa memikirkan isu di luar gelanggang sambil memuji sikap profesional Majlis Sukan Negara (MSN).

Sukan Komanwel Gold Coast bakal menjadi penampilan ketiga Suryani selepas edisi di New Delhi dan Glasgow.

"Saya cuba untuk memberikan fokus bagi menjalani latihan dan akan cuba melakukan yang terbaik bagi menghadapi Sukan Komanwel," katanya.

Suryani dan rakan penembak lain sebelum itu dikunjungi chef-de-mission (CDM) Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How.

Menurut jurulatih negara, Mohd Sabki Mohd Din, skuad menembak negara sudah mempunyai tujuh atlet, termasuk Suryani, yang disenaraikan ke Gold Coast.

"Kami memilih berdasarkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 serta beberapa lagi atlet telah dicadangkan oleh barisan kejurulatihan," kata Sabki.
 

Advertisement

Must Watch Video