Skip to main content

Permotoran

SuperKIP rangkul Anugerah Pelumba Dua Roda Terbaik

140217khairulidham.jpg

Pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi, merangkul Anugerah Pelumba Dua Roda Terbaik dalam Majlis Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2016 yang diadakan buat julung kalinya semalam.

Bekas pelumba Moto3 ini mengetepikan beberapa pelumba sensasi, termasuk Hafizh Syahrin Abdullah, Zulfahmi Khairuddin dan tidak terkecuali Adam Norrodin.

Juara GP Argentina dan Jerman 2016 itu menyifatkan anugerah ini sebagai satu pemangkin semangat untuknya terus cemerlang pada musim ini.

Apatah lagi, Khairul Idham belum lagi dapat menyesuaikan diri sebaik-baiknya dalam kategori barunya itu dan masih tidak menetapkan sebarang sasaran untuk diraih.

"Saya amat teruja menantikan cabaran baru untuk tahun ini, saya menyedari saingan Moto2 lebih sengit tetapi saya akan cuba yang terbaik," kata Khairul Idham.

Pelumba GT Series, Jazeman Jaafar, turut merangkul Anugerah Pelumba Kereta Terbaik 2016 selepas menampilkan aksi pemanduan cemerlang dengan menjuarai saingan Blancpain Edurance GT Series di Litar Silverstone, tahun lalu.

Seorang lagi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih Anugerah Pelumba Pilihan Peminat.

"Saya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran kali ini, tiada tekanan, saya mahu memastikan akan buat yang terbaik buat pasukan saya," jelas Hafizh.

Advertisement

Must Watch Video