Dalam setiap kekalahan terbitnya 1001 pengajaran berguna untuk dijadikan perisai peribadi pada masa hadapan dan situasi itu dilalui skuad bola jaring Selangor berikutan kekalahan 51-63 kepada Wilayah Persekutuan (WP) di peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (Sukma) MSN hari ini.
Begitupun, barisan muda Selangor menerima tempias positif daripada pengalaman yang ditimba hasil "berguru" bersama pemain kebangsaan, L. Karishma.
Tiada masa untuk meratapi kekecewaan, Karishma mempunyai misi peribadi untuk dilunaskan dalam penampilan terakhir Sukma 2022 apabila kekal realistik debgab misi melengkapkan kedudukan podium yang bakal menjadi kenangan terindahnya bersama skuad Merah Kuning.
"Saya bangga dengan persembahan mereka. Kami meletakkan sasaran untuk memperbaiki pencapaian tempat keempat edisi lalu.
"Saya ada juga berkongsi pengalaman bersama skuad kebangsaan dengan pasukan Sukma agar mereka dapat atasi gemuruh dan kekal tenang.
"Saya sayangkan Selangor, sejak kecil lagi saya mewakili Selangor dan tidak mahu menyertai negeri lain.
"Dengan pencapaian ketiga ini dalam penyertaan terakhir saya dalam Sukma, saya rasa ia adalah pencapaian terbaik," kata pemain tinggi lampai itu.
Sementara itu, tiada siapa menduga di sebalik kejayaan mara ke final, pasukan WP hampir mengibarkan bendera putih dan dilema yang dilalui Norizan Rajab hampir meranapkan aspirasi pingat emas kelapan sepanjang sejarah penyertaan mereka dalam Sukma.
"Enam pemain kami menyertai pasukan kebangsaan dan salah seorang daripadanya (S Pavitrah) tidak dapat didaftarkan berikutan kecederaan yang dialami ketika Kejohanan Asia.
"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan untuk memulihkan mereka dalam tempoh empat hari," kata ketua jurulatih WP itu.