Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin gah ke separuh akhir

fei din

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, gah melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila mudah menundukkan gandingan India, Hariharan Amsakarunan-M. R. Arjun, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan ketujuh, beregu profesional berkenaan menguasai penuh set pembukaan untuk tidak pernah ketinggalan sejak melakukan pukulan pertama sebelum mengesahkan kemenangan 21-12.

Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua, bahkan Sze Fei dan Izzuddin kelihatan terlalu sukar untuk dihadapi lawan untuk mudah menamatkan saingan dengan kemenangan 21-10 selepas secara keseluruhan bertarung hanya dalam masa 32 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah pemenang di antara pilihan utama kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dan beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video