Skip to main content
Advertisement

Berita Sukan Am

Sultan Pahang berkenan rasmi Gimnasium Mahkota

cd

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, berkenan bagi merasmikan Gimnasium Mahkota di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di Kuantan, Pahang, semalam.

"Sukan dan latihan gimnasium memang menjadi kegemaran saya sejak sekian lama. Saya cuba melihat keperluan agensi-agensi kerajaan khususnya pasukan barisan hadapan seperti bomba, polis dan tentera supaya mereka mempunyai kemudahan yang lebih baik untuk menjalani latihan secara lebih rapi dan intensif.

"Melalui kemudahan ini, saya berharap mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas bagi meneruskan tanggungjawab membantu masyarakat yang memerlukan," titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat.

"Pasukan bomba merupakan antara agensi barisan hadapan yang amat penting bagi negeri Pahang. Dalam pelbagai situasi kecemasan, sama ada kebakaran, kemalangan besar mahupun kejadian-kejadian kecil yang berlaku di rumah, merekalah antara pihak yang paling awal tiba di lokasi untuk memberikan bantuan.

 

 

 

 

"Kadangkala perkara yang dianggap kecil seperti menangkap ular atau membantu individu yang menghadapi masalah tertentu turut memerlukan khidmat pasukan bomba. Sebab itulah saya mahu melihat anggota-anggota agensi keselamatan ini sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas." titah Paduka Baginda.

Baginda turut bertitah agar masyarakat mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif tanpa mengira usia selain terus bersukan dengan menjalani aktiviti menyihatkan tubuh badan.

"Saya menggalakkan semua golongan, sama ada yang muda mahupun yang berusia, untuk terus aktif bersukan dan menjalani aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.

"Kita dapat melihat ramai dalam kalangan generasi terdahulu masih kekal sihat dan bertenaga kerana sentiasa aktif melakukan pelbagai aktiviti harian seperti berkebun dan bekerja.

"Jika kita dapat mengamalkan aktiviti sukan secara lebih teratur dan berstruktur, insya-Allah ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan serta menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik dan usia yang lebih panjang." titah baginda.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Related Topics

Must Watch Video