Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih! 15 pemain tinggalkan Arsenal

arse

Arsenal mengumumkan seramai 15 pemain akan meninggalkan pasukan itu merangkumi skuad senior wanita, skuad B-21 dan skuad B-18  mereka pada musim panas ini.

Antara pemain yang meninggalkan skuad wanita adalah tonggak utama pasukan iaitu Beth Mead -meledak 83 gol dalam 260 pertandingan- dan Katie McCabe -meledak 37 gol daripada 304 penampilan- selepas kontrak mereka berakhir.

Selain itu adalah, Laia Codina, Victoria Pelova, Barbora Votikova, Manuela Zinsberger dan Naomi Williams.

Sementara pemain skuad remaja The Gunners yang akan angkat kaki adalah Josh Nichols, Alexei Rojas-Fedorushchenko, Sam Chapman, Harrison Dudziak, Seb Ferdinand, Cam'ron Ismail, Will Lannin dan SweetSamuel Onyekachukwu.

 

 

 

 

Begitupun, tiga pemain lagi iaitu Caitlin Foord, Aleksander Marciniak, dan Joshua Ogunnaike masih dalam perbincangan mengenai kontrak baru.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang akan meninggalkan pasukan atas sumbangkan kepada kelab.

"Anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluar Arsenal dan kami mendoakan kejayaan anda.

"Sebarang perkembangan lanjut mengenai pemain yang melanjutkan kontrak, menyertai/menyertai semula atau meninggalkan kami akan dimaklumkan secara rasmi selepas perkara itu disahkan." kongsi kelab dalam satu kenyataan rasmi.

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video