Kehangatan Sukan SEA Kuala Lumpur kian terasa apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, mengesahkan lebih 90 peratus tiket sudah dijual setakat ini.
Berbaki lapan hari sahaja lagi, penjualan tiket bagi menyaksikan acara Sukan SEA makin sampai ke penghujungnya.
Tiada lagi penambahan tiket akan dibuat biarpun sambutan hangat diterima daripada semua negara yang terlibat untuk menyaksikan atlet kesayangan mereka.
Bola jaring, silat, bola keranjang dan akuatik adalah antara yang paling cepat habis penjualan tiketnya, iaitu kurang daripada dua hari.
Gejala ulat tiket juga berjaya dibendung untuk memastikan kelancaran penjualan sehingga temasya bermula.
"Saya selalu sebutkan, beli tiket sekarang.
"Tiket upacara perasmian juga di luar dugaan kami, tidak banyak lagi yang tinggal.
"Usah tunggu saat akhir kerana memang sukar untuk mendapatkannya.
"Tiket yang terjual sudah melebihi 93 peratus," ujarnya.
Masalah venue pada saat-saat akhir seperti hoki dalam dewan yang mengalami permukaan tidak rata juga telah dibaik pulih dengan segera dan penilaian terperinci masih dilakukan di venue lain jika timbul masalah.
"Venue akan memberikan banyak kelebihan.
"Sesetengah acara seperti bola jaring, kami membenarkan mereka untuk berlatih awal di gelanggang pertandingan.
"Ini termasuk gelanggang hoki dalam dewan yang terpaksa dibaik pulih."
Zolkples turut mengumumkan upacara menaikkan bendera bakal diadakan pada 16 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.