Jurulatih pasukan bola sepak Thailand, Worrawoot Srimaka, mengakui sukar untuk melihat peluang pasukan lain menggugat hasrat negara Gajah Putih itu bagi mempertahan pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.
Thailand turun dengan reputasi selaku juara dua edisi berturut-turut selepas kembali merampas emas daripada genggaman Malaysia dalam temasya 2013 di Myanmar.
Meskipun sedikit tenggelam dalam saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun di laman sendiri baru-baru ini, Worrawoot menjelaskan itu bukan gambaran kekuatan sebenar mereka.
Sebagai pemain, Worrawoot tiga kali mengecapi emas Sukan SEA dan kali ini beliau mengidamkan kejayaan yang sama selaku jurulatih.
“Pasukan kami lebih bersedia untuk mempertahankan emas Sukan SEA kali ini, persiapan yang kami harungi memadai dan kami tidak gentar dengan mana-mana pasukan, termasuk tuan rumah,” katanya.
Selain Thailand, skuad bola sepak Indonesia dan juga Brunei turut tiba di KLIA, hari ini.
Kapten Brunei, Faiq Jefri Bolkiah, melaungkan amaran awal pasukannya mampu mencipta kejutan ke atas Malaysia menjelang pertemuan pembuka tirai membabitkan kedua-dua pasukan, Isnin ini.
"Pemain-pemain berada di tahap yang cergas berbanding sebelum ini. Saya baru sahaja menamatkan sesi pra-musim di mana kami telah meningkatkan prestasi kami. Kami berharap dapat mengutip mata ketika bertemu Malaysia," katanya.