Perenang sensasi negara, Welson Sim, masih belum terlintas untuk memecahkan rekod kebangsaan 1,500 meter berusia 26 tahun milik Jeffrey Ong kerana sasaran utamanya adalah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Buat masa ini, catatan peribadi terbaik Welson bagi acara 1,500m ialah 15 minit 31.10 saat dalam Kejohanan Renang Terbuka Singapura, Mac lalu.
Ia sudah tidak jauh daripada rekod tahun 1991 yang dilakukan Jeffrey, iaitu 15:23.61 saat.
Namun, dia masih belum terfikir ke arah itu memandangkan fokusnya kini adalah untuk menewaskan pesaing terdekat dari Vietnam dan Indonesia.
"Memecahkan rekod 1,500m sentiasa menjadi matlamat saya.
"Saya bekerja keras untuk mencapainya sejak gigih berlatih dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
"Renangan saya berada di tahap yang baik dan saya yakin mampu memperbaharui catatan peribadi terbaik.
"Saya belum pasti dapat mengatasi rekod itu tetapi sudah tentu saya akan menampilkan aksi terbaik untuk memenangi emas.
"Saya enggan terlalu memikirkan soal catatan masa kerana tidak mahu terlalu tertekan.
"Kalau saya menang emas, saya pasti mampu memecah rekod 1,500m kebangsaan," katanya.
Welson memberi jaminan dia mampu menguasai dua lagi acara lain, iaitu 200m dan 400m sungguhpun turut mengambil bahagian dalam acara 1,500m.
Jelasnya, 1,500m merupakan acara asalnya pada awal pembabitannya dalam sukan renang, namun dia tahu cara terbaik untuk menyesuaikan diri bagi acara jarak dekat dan sederhana.
"Saya mempunyai ketahanan dan fizikal saya semakin berotot, oleh itu saya mampu menguasai acara 20 dan 400m."