Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Tiada masalah tanpa Komalam

kuartet-4x100m-wanita-sukan-sea-090817.jpg
Pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, menganggap kehilangan S. Komalam Shally tidak menjejaskan peluang Malaysia untuk meraih pingat acara 4x100m wanita dalam Sukan SEA Kuala Lumpur dengan kehadiran pengganti berbakat.

"Bagi saya, perkara itu tiada masalah sebab kami akan bekerjasama, termasuk dengan pelari simpanan untuk memperkuatkan kuartet negara walaupun tanpa Komalam," katanya.

"Insya-Allah kami akan memberikan yang terbaik dalam Sukan SEA nanti. Kami akan mencari persefahamam di antara satu sama lain.

"Sebab itu penting adanya pelari simpanan jika apa-apa berlaku seperti ini."

Mengulas penyertaannya dalam acara 200m selepas ketiadaan Komalam, Zaidatul berkata tiada masalah buatnya walaupun beraksi berseorangan dalam acara itu.

"Perkara itu tidak menjadi masalah buat saya sebab ia sudah menjadi kebiasaan. Apa yang penting buat saya sekarang ini adalah berlatih dengan lebih gigih tanpa memikirkan perkara remeh sebegitu."

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) semalam mencetuskan kejutan apabila mengambil keputusan menggugurkan Komalam daripada skuad olahraga negara atas masalah disiplin.

Advertisement

Must Watch Video