OLAHRAGA
Sukan SEA Thailand: Baik pulih trek bantu kelancaran persiapan kem olahraga
Kekhuatiran sejak tahun lalu kian menghimpit kancah olahraga negara berikutan banyak venue di Lembah Klang sudah tamat tempoh pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA).
Ia juga menjadi kerisauan jurulatih olahraga negara, Malik Tobias, yang sebelum ini terpaksa menganjurkan Kejohanan Olahraga Varsiti Grand Final 2024 di Stadium Universiti UniSZA, Terengganu, atasfaktor yang sama.
Malik berharap perkara ini akan diselesaikan pihak berwajib dalam masa terdekat, sebaiknya sebelum bermula takwim olahraga musim 2025.
Iklan
"Kebanyakan trek di stadium di Malaysia sudah melangkaui jangka hayatnya.
"Kos untuk baik pulih pulih agak tinggi dan beberapa negeri sudah menukarkannya.
"Kami perlu pastikan trek itu sesuai untuk bertanding dan trek itu mestilah diiktiraf apabila atlet memecah rekod.
"Kami perlu memilih mana-mana trek yang bersesuaian dalam aspek teknikal.
"(Pihak berwajib) wajar mengambil tindakan kerana olahraga merupakan salah satu penyumbang pingat terbanyak dalam Sukan SEA.
"Rugilah kalau kita tidak fokus sepenuhnya kepada olahraga," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video