Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Soon Huat terlepas hukuman

datuk-seri-norza-zakaria-090817.jpg
Pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat, terlepas daripada tindakan disiplin  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan kes melanggar tempoh berkurung kem akhir kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur.

"Selepas mendapat penjelasan mengenai hal itu, saya terus menghubungi Soon Huat dan saya katakan kepadanya bahawa ia adalah salah faham.

"Penjelasan yang diberikannya kepada jurulatih dan pengurus pasukan boleh kami terima.

"Oleh itu, saya mahu dia fokus kepada matlamat asal, iaitu cuba memenangi pingat emas Sukan SEA," ujar Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, hari ini, dengan peringatan tegas turut disampaikan kepada wakil KL2017 yang lain.

Skuad badminton Sukan SEA negara turut dijadualkan menjalani kem fasa akhir tersendiri apabila bakal dikumpulkan di Bukit Fraser dalam program pemantapan tiga hari, bermula lusa.

"Ini pengajaran kepada pemain-pemain yang lain bahawa kami sebenarnya tidak bertolak ansur dengan isu disiplin.

"Mereka harus menunjukkan komitmen bersama seluruh pasukan dan kembali kepada matlamat asal, iaitu untuk memenangi emas dalam Sukan SEA."

Advertisement

Must Watch Video